SELANGOR FC
BERITA

Skuad Wanita Selangor FC | Pusingan Pertama LWN 2024

Sep 11, 2024 - FAS

Skuad Wanita Selangor FC telah menamatkan pusingan pertama Liga Wanita Nasional 2024 baru-baru ini selepas menentang Melaka FA pada 8 September yang lalu.

Setakat ini, skuad Wanita Gergasi Merah berjaya melonjak naik di kedudukan kedua daripada lampan pasukan bertanding dengan 13 mata terkumpul daripada satu empat kemenangan, satu seri dan dua kekalahan. 

Di bawah adalah keputusan perlawanan skuad Wanita Selangor dalam Liga Wanita Nasional 2024:-

KELANA UNITED (1-0) SELANGOR FC

RED EAGLES SC (0-5) SELANGOR FC

3' OG 

16’ Adrienna Zamzaihiri 

25' Najwa Irdina  

50' Dian Aqilah 

65' Ainsyah Murad 

REAL CJ FC (0-9) SELANGOR FC

20’, 51’ Adrienna Zamzaihiri 

36’ OG

50’, 65’, 83’ Najwa Irdina

64’ Dian Aqilah

85’, 90’ Ainsyah Murad 

MALAYSIAN UNIVERSITY FT (1-1) SELANGOR FC

83’ Ainsyah Murad

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG (0-4) SELANGOR FC

32’ Nurin Manan

45+2’, 48’, 90+4’ Ainsyah Murad 

SABAH FA (2-1) SELANGOR FC

90+5’ Ainsyah Murad 

SELANGOR FC (1-0) MELAKA FA

84’ Ainsyah Murad 

Setakat ini, skuad Wanita Selangor telah berjaya menjaringkan 21 jaringan gol. Ainsyah Murad merupakan penjaring terbanyak pasukan setakat ini dengan sembilan cetakan gol. Diikuti, Najwa Irdina dengan empat gol. Kemudian, Adrienna Zamzaihiri dengan tiga gol, Dian Aqilah dua gol dan Nurin Manan satu gol.

Menurut ketua jurulatih skuad Wanita Selangor FC, Osmera Omaro, mahu pasukan terus perbaiki kelemahan dan berikan yang lebih baik untuk pusingan kedua Liga Wanita Nasional.

“Tahun pertama saya memegang pasukan wanita, saya lihat mereka bersungguh-sungguh untuk belajar memahami perancangan barisan jurulatih biarpun mereka kebanyakannya pelajar sekolah. Daripada situ, kita nampak progres yang baik dari masa ke semasa. Saya amat berterima kasih akan komitmen yang tinggi dalam latihan serta perlawanan yang mereka pamerkan,”

“Bagi saya, keputusan empat kemenangan, satu seri dan dua kekalahan ini sedikit sebanyak memberi motivasi yang baik kepada pemain-pemain untuk meneruskan pusingan kedua dengan lebih bersemangat. Banyak yang kami perlu perbaiki untuk berikan saingan yang terbaik untuk pasukan-pasukan lain.”

Skuad Wanita Selangor FC akan meneruskan perjuangan untuk pusingan kedua pada pertengahan bulan September ini dan liga akan berakhir pada bulan Disember. Jadual adalah seperti berikut:-

15.9.2024 - MELAKA FA lwn SELANGOR FC 

22.9.2024 - SELANGOR FC lwn SABAH FA

29.9.2024 - SELANGOR FC lwn SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG

5.10.2024 - SELANGOR FC lwn MALAYSIAN UNIVERSITY FT

13.10.2024 - SELANGOR FC lwn REAL CJ FC

24.11.2024 - SELANGOR FC lwn RED EAGLES SC

1.12.2024 - SELANGOR FC lwn KELANA UNITED FC

Pihak pengurusan Selangor FC yakin skuad Wanita Gergasi Merah akan terus beraksi dengan lebih cemerlangan dalam pusingan kedua di bawah jagaan Osmera Omaro. Semoga berjaya skuad Wanita Merah Kuning!

Demi Kebanggaan!